Wednesday, September 12, 2007

KURSUS ICT DALAM P/P

Kursus ini telah berlangsung di :

Tarikh : 11 hingga 12 september 2007
Hari : Selasa hingga Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : SK Kalumpang

Seramai lebih kurang 40 orang guru telah beri pendedahan berkaitan :
1. Membuat email
2. Mod Aplikasi ICT dalam P/P
3. Membuat rancangan pengajaran menggunakan Mod Aplikasi ICT

Tindakan yang harus dilakukan :
1. Merancang kursus kepada guru-guru sekolah.
2. Melaksanakan kursus
3. Membuat penilaian selepas kursus dan email ke ppd

Monday, July 9, 2007

PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS

Bahagian kebersihan dan Keceriaan telah memutuskan dalam mesyuaratnya bahawa pihak pengurusan akan mengadakan pertandingan keceriaan dan kebersihan bilik-bilik khas SKBS. Ini termasuk MAkmal ICT juga.
Kami Ajk Makmal ICT dengan penuh semangat akan cuba menyaingi bilik-bilik khas yang lain dalam pertandingan ini.
Pemantauan akan di buat pada 26 - 27 Ogos ini.Hadiah di sumbangkan oleh Guru Besar Pn. Hjh Norshakila bt Kamaluddin.
Semoga Makmal ICT terus maju dalam mengembang ilmu berdasarkan ICT

KURSUS PENYELARAS ICT

Kursus ini telah dijalankan di Pulau Pangkor pada 3 - 6 julai 2007. Dianjurkan oleh JPN selangor. Seramai 502 peserta telah menyertai kursus ini.
Diantara Pengisian yang telah dijalankan ialah :

1. Pengurusan Makmal
2. Konfigorasi
3. Penarapan Makmal
4. Soal Jawab dengan pihak GITN
5. Membina Blog untuk MAkmal ICT dan Sekolah

PENARAPAN MAKMAL ICT

Penilaian makmal ICT telah di buat sebelum kursus ini dijalankan. Makmal ICT SKBS telah mendapat 2 bintang. Tahniah di ucapkan kepada semua ajk makmal ICT SKBS diatas kerjasama yang telah di jalankan.

Thursday, July 5, 2007

MAKMAL ICT

PENGENALAN

MAkmal ICT SKBS telah di buka pada ogos 2004. Dibawah fasa ketiga makmal ini mempunyai 2 buah makmal yang di lengkapi oleh 42 buah komputer dan pelbagai bahan multimedia. Di selenggarakan oleh pihak MIMOS sehingga akhir tahun 2007. Makmal ini menjadi pusat perkembangan ilmu berasaskan ICT di sekolah.

Guru Besar Pn. Hjh Norshakila bt Kamaluddin merupakan peneraju dalam membangunkan pengetahuan ICT di sekolah ini.Sokongan yang di berikan oleh pihak pentadbir telah membangkitkan semangat guru untuk menggunakan kemudahan yang ada ketika P/P.

Dari setahun ke setahun makmal ini di selenggarakan dengan begitu baik oleh Penyelaras Makmal untuk keselesaan semasa P/P. Sehingga kini Makmal ICT SKBS telah di uruskan oleh 2 orang penyelaras.